jobs from my.neuvoo.com

23 September, 2016

Ditahan curi rakam aksi asrama wanita

Sekadar foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penuntut lelaki sebuah kolej multimedia di sini, ditahan selepas disyaki mencuri rakam video dalam asrama wanita kolej berkenaan, Selasa lalu.

Penuntut berusia 20 tahun itu ditahan pada jam 6 petang selepas polis menerima laporan seorang penghuni asrama wanita terbabit yang menyedari tindakan suspek merakam menggunakan telefon bimbit, 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata mangsa yang berada di bilik asrama bersama beberapa penghuni terlihat tangan memegang telefon bimbit di tingkap asrama, dipercayai merakam video.

"Jeritan mangsa menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri manakala kejadian dilaporkan kepada pihak asrama serta pensyarah kolej.

"Perkara itu dibincangkan beberapa hari sebelum seorang penuntut perempuan menceritakan terserempak dengan seorang penuntut lelaki dikenalinya menceroboh masuk ke asrama wanita di blok berlainan, 8 September lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, pagi ini.

Susulan maklumat itu dan dengan persetujuan pihak kolej, katanya, mangsa membuat laporan polis manakala suspek ditahan pada hari sama laporan dibuat.

"Kita merampas telefon bimbit suspek dan pemeriksaan menemui dua rakaman video sepanjang 22 saat yang dirakam di asrama berkenaan, selain puluhan klip video lucah.

"Suspek direman dua hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbitnya," katanya.

Mohamad Roy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 292 kanun sama kerana kesalahan memiliki bahan lucah.

21 September, 2016

'Bukan gambar bogel saya'

PETALING JAYA 20 Sept. - Aktres kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, 25, menafikan pembabitan dirinya dalam sekeping gambar bogel yang tersebar meluas di Internet baru-baru ini.

Malah pelakon siri Si Kolot Suamiku itu turut mengakui bahawa tidak pernah melihat langsung akan gambar berkenaan yang juga dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki, Idris Khan.

"Apa yang boleh saya katakan, wanita dalam gambar itu bukan saya. Biarlah pihak pengurusan menyiasat akan hal ini.

"Saya pun tidak pernah melihat gambar itu, cuma ibu saya sahaja yang tengok. Ibu hanya menasihati supaya saya bersabar dengan dakwaan itu," katanya kepada Utusan Online.

Atikah berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pratonton filem Volkswagen Kuning, terbitan MIG di Mutiara Damansara, di sini hari ini.

Terdahulu, satu daripada tiga keping gambar yang memperlihatkan seorang lelaki dan seorang wanita mirip kedua-dua pelakon itu sedang bermesraan dalam keadaan bogel di atas sebuah katil mula menjadi bualan ramai setelah disebarkan minggu lalu.

Penyebaran gambar tersebut juga dipercayai ada kaitan dengan kewujudan sebuah klip video aksi lucah mereka berdua bersama seorang lagi pelakon, Ammar Alfian. - UTUSAN ONLINE

19 September, 2016

Diperkosa bergilir-gilir 4 rakan WeChat selepas seminggu kenal

BATU PAHAT - Kerana terpedaya dengan pujuk rayu kenalan WeChat, seorang remaja perempuan berumur 13 tahun telah menjadi mangsa kerakusan empat lelaki berusia 14 hingga 15 tahun yang baru dikenalinya seminggu lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, di sebuah pondok di kebun kelapa sawit, di Kampung Manong, Ayer Hitam itu, polis berjaya menahan dua daripada empat suspek.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, sebelum kejadian, mangsa meminta izin ibunya keluar dari rumah di Parit Raja untuk mengadakan ulang kaji berkumpulan dengan rakan sekelas.

Bagaimanapun, katanya, mangsa sebenarnya telah berjanji dengan salah seorang suspek untuk keluar makan bersama, sebelum bertemu dengan tiga lagi suspek di hadapan sebuah restoran makanan segera di Ayer Hitam.

“Mangsa dipaksa untuk mengikut suspek dan kemudiannya dibawa ke sebuah kebun kelapa sawit, di Ayer Hitam.

“Salah seorang daripada suspek terus merogol mangsa, namun ketika perbuatan itu berlaku, mereka telah diserbu penduduk kampung.

“Menyedari perbuatan mereka diketahui penduduk kampung, suspek dan mangsa bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap,” katanya.

Menurut Abdul Wahib, mangsa yang ketakutan telah bertindak menyembunyikan diri di belakang sebatang pokok sebelum dijumpai penduduk kampung, yang kemudian menghubungi ayahnya.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ayer Hitam.

Susulan laporan dibuat, polis telah merampas dua motosikal yang ditinggalkan di lokasi kejadian, manakala sebuah motosikal lagi berjaya dilarikan suspek.

“Dua daripada empat suspek berjaya ditahan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 ta

15 September, 2016

Pengantin Baru Maut Tercekik Daging Korban

SEORANG wanita berusia 25 tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai tercekik ketika makan daging salai di rumahnya di Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang, Kedah, pada Selasa.

Lebih sayu, mangsa yang dikenali sebagai Nur Azimah Abdullah Alharith, dipercayai baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lalu.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa dikatakan bersama keluarga suaminya sedang menikmati daging korban yang dimasak salai sebelum tiba-tiba mengadu sesak nafas dipercayai akibat tercekik.

Mangsa disahkan meninggalkan dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Sementara itu, pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pendang, Norlizawati Ismail mengesahkan bahawa agensi tersebut menerima panggilan kira-kira pukul 5.53 petang untuk menghantar mangsa ke HSB.

Menurutnya, apabila APM tiba lima minit kemudian, arwah ketika itu sudah tidak sedarkan diri namun masih lagi bernafas.

“Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, arwah disahkan sebagai meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi. – MYNEWSHUB.CC

Wanita Di Kajang Dakwa Sering Diganggu Berjaya Rakam ‘Hantu’ Berdiri Di Tangga

Seorang wanita dan keluarganya terpaksa berdepan detik menyeramkan apabila mendakwa kerap diganggu mahkluk halus selepas sebulan berpindah ke rumah baharu mereka yang terletak di Sg Chua, Kajang.
Menerusi kemaskini dimuat naik di laman Facebook Pencari Entiti Crew - P.E.C, kumpulan penyiasat paranormal itu berkongsi pengalaman seorang wanita dikenali Cahaya Chenta berdepan situasi menakutkan sepanjang sebulan tinggal di rumah baharunya itu.
Lebih menyeramkan,  sekeping foto yang didakwa berjaya dirakam oleh pembantu rumah wanita itu, memaparkan 'lembaga hitam' menyerupai wanita yang sedang berdiri di atas tangga turut dimuat naik di laman Facebook tersebut.
Menurut Cahaya Chenta, beberapa kejadian aneh menimpa mereka sekeluarga sepanjang menetap di sana yang antaranya terdengar bunyi ‘orang’ berjalan menaiki tangga, selain barang permainan anaknya yang telah rosak secara tiba-tiba berbunyi.
Tambah Cahaya Chenta, anaknya juga sering mengadu melihat ‘wajah buruk’, namun dia enggan mempercayai perkara tersebut sehinggalah pembantu rumahnya berjaya merakam entiti berkenaan yang kelihatan berada di tangga.
“Pengasuh ambil gambar... Mulanya anak mengadu selalu nampak orang muka buruk, saya tak percaya. Semalam, pengasuh hantar gambar, dan kami buat bacaan al-Quran ayat Ruqyah.
“(Mahkluk halus) betul-betul mengacau kat dapur, main mainan anak (dan) tekan-tekan tukar lagu. Saya tak puas hati ambil mainan tu, rupanya mainan dah rosak, saya sendiri tekan langsung tak berfungsi,” tulis Cahaya Chenta menerusi screen shot komen yang dikongsi Pencari Entiti Crew - P.E.C pada 10 September, lalu.


Pada masa sama, laman Facebook Pencari Entiti Crew - P.E.C turut menyeru mana-mana pihak atau pengamal perubatan Islam yang berpengalaman mengusir makhluk halus untuk tampil membantu Cahaya Chenta.

- mD




Ibu Mengaku ‘Dapatkan’ Lelaki Untuk Rogol Anak

LOS ANGELES: Seorang wanita yang menghadapi tuduhan pembunuhan kejam membabitkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun bulan lalu mengaku ‘mendapatkan’ lelaki untuk merogol kanak-kanak terbabit, sebelum mangsa dipotong beberapa bahagian di apartmen mereka di sini.

Michelle Martens, 35, memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia telah mendapatkan lelaki dalam talian dan di tempat kerja bagi merogol anak perempuannya, lapor Albuquerque Journal, dipetik AFP hari ini.

Laporan tersebut menyebut, Martens telah mengatur pertemuan dengan sekurang-kurangnya tiga orang lelaki, di mana salah seorang daripada mereka adalah rakan sekerja dan dua lagi ditemui secara dalam talian termasuk teman lelakinya, Fabian Gonzales, 31.

Menurut polis, mangsa, Victoria Martens, ditemui beberapa jam sebelum majlis sambutan hari jadinya yang ke-10 dalam apartmen ibunya yang terletak di barat New Mexico, pada bulan ogos.

Victoria telah disuntik dengan methamphetamine, diserang secara seksual, dicekik dan ditikam sebelum tubuhnya dipotong.

Martens bersama teman lelakinya, Gonzales serta sepupu lelaki berkenaan, Jessica Kelley, 31, berdepan tuduhan mendera mangsa hingga menyebabkan kematiannya, menculik serta melupuskan bukti, lapor AFP.

Akhbar tersebut yang memetik waran berkaitan kes itu sebagai berkata, Martens memberitahu polis bahawa dia mendapatkan lelaki tersebut untuk merogol anak perempuan bukan kerana wang, sebaliknya kerana dia ‘seronok menonton’.

Martens juga dilaporkan terfikir untuk menawarkan adik Victoria yang lebih muda untuk seks.

"Pembunuhan ini adalah perbuatan yang paling ngeri (dan) jahat yang pernah saya lihat sepanjang kerjaya saya," kata Ketua Polis Albuquerque, Gorden Eden dipetik sebagai berkata.

- mD

14 September, 2016

Suami curang, isteri turut sama tiduri lelaki lain


Datin X ini bukanlah jenis mak Datin yang suka bersosial sangat. Masa Datin X ni terhad. Mahu uruskan Datuk lagi, anak-anak lagi yang semuanya masih bersekolah, jadi memang tak cukup tangan. Jadi bila ada peluang mengopi dengan mak-mak Datin lain, macam-macam lah story diorang update pada Datin X. Datin Jun ini baik orangnya, Datin X boleh tahan rapat lah dengannya. Kami selalu kongsikan masalah rumahtangga dan berbincang bagaimana mahu ambil hati suami dan sebagainya. Cumanya cerita Datin Jun pada Datin X dan teman-teman lain pada hari itu membuatkan luruh jantung kami semua mendengarnya. Memang apa yang dilakukannya itu jauh tersasar dari pangkal agama.

Benar semua yang mendengar cerita Datin Jun itu melopong mulut dek kerana terlalu terkejut! Mana taknya kata Datin Jun dia dan suaminya, Datuk Johar menjalinkan hubungan asmara dengan pasangan suami isteri lain. Datin X pun kenal dengan pasangan suami isteri itu Azlin dan Bob. Kiranya cerita Datin Jun ini, dia dan suami masing-masing bertukar pasangan dengan Azlin dan Bob. Aduh sesak nafas Datin X mendengarnya. Dulu pernah juga terdengar cerita yang lebih kurang seperti ini, tetapi itu cerita lama tak sangka zaman sekarang masih ada yang melakukan hal seperti ini.

Sambung cerita Datin Jun lagi, semuanya bermula apabila dia dan Datuk Johar pergi business trip di luar negara bersama Azlin dan Bob. Ini bukan pertama kali mereka semua ke luar negara untuk perniagaan bersama. Satu malam, keempat-empat mereka mabuk teruk di kelab malam. Dalam keadaan mabuk itu, tiba-tiba sahaja tangan Bob menjalar ke buah dada Datin Jun. Mulanya memang sedikit terkejut, tetapi Datuk Johar pun mulakan langkah dengan memeluk pinggang Azlin di depan matanya. Apa yang berlaku malam itu ialah kedua-dua pasangan ini berzina dengan bertukar pasangan.
Kata Datin Jun lagi, pada keesokan harinya dia sangat panik kerana berada dalam dakapan Bob tanpa seurat benang. Dia terus menelefon suaminya dan cuba meminta maaf tetapi Datuk Johar mematikan percakapannya dengan berkata, “Its okay dear, whatever happen in London stays in London.” Dan Datuk Johar terus mengajaknya dan Bob untuk bersarapan pagi bersama Azlin. Mulanya memang kekok, tapi lama-kelamaan mereka buang perasaan kekok dan pura-pura tiada apa yang berlaku. Dua minggu di London, suami Datin Jun ialah Bob dan isteri Datuk Johar adalah Azlin.

Apabila pulang ke tanah air, Datin Jun mengeluh, jujurnya dia berasa sedih dan kosong jiwanya kerana terpaksa kembali kepada rutin hidup hariannya. Yang benarnya tiada lagi Bob untuk menggembirakan hatinya. Semakin hari hubungan Datin Jun dan Datuk Johar semakin hambar. Bukan mereka tidak mencintai satu sama lain, cuma kata Datin Jun their relationship has no spark at all, no matter how hard they’ve tried. Kami yang di meja lagi tergamam apabila Datin Jun membuat pengakuan yang Bob sangat hebat di ranjang. Dia amat puas dengan prestasi Bob. Dalam hati Datin X mungkin juga kerana sudah bertahun-tahun dengan lelaki yang sama dan apabila dapat lelaki baru tentunya syok dan lebih indah!

Tiga bulan selepas itu, Datuk Johar tiba-tiba meluahkan perasaan, “Is it okay if we continue on what we did in London? I rindu Azlin la.” Bukan marah atau sakit hati mendengar itu dari mulut Datuk Johar tetapi Datin Jun seperti mahu berteriak kegembiraan mendengar apa yang diucapkankan suaminya itu. Setelah menghubungi Azlin dan Bob mereka berdua juga bersetuju. Datuk Johar dan Datin Jun tetapkan dalam seminggu, dua kali mereka akan bertukar pasangan dengan Azlin dan Bob. Dan dua hari itu mereka akan check in di hotel terkemuka ibu kota.

Kata Datin Jun hubungannya dengan Datuk Johar semakin bahagia hari demi hari, tidak lagi hambar seperti dulu dan dia sudah mula menanam perasaan sayang pada Bob. Lebih gila dikatakan yang dia tidak mahu kehilangan Datuk Johar dan Bob dalam hidupnya. Anak-anak mereka langsung tidak tahu perbuatan terkutuk kedua pasangan ini. Mereka cuma tahu Azlin dan Bob adalah rakan baik ibu bapa mereka kerana selalu bertandang ke rumah. Itu memang kerja gila, apa akan jadi sekiranya Datin Jun kandungkan anak Bob atau Azlin kandungkan anak Datuk Johar? Minta jauh!

Mak-mak Datin lain di meja itu semuanya terkelu lidah, Datin X beranikan diri juga untuk menasihatinya agar berhenti dengan perbuatan terkutuk itu dan bertaubat. Walaupun Datin X tahu ia akan mengecilkan hatinya. Tetapi Datin X tidak mahu sama terbabit dengan perbuatan zinanya itu. Datin Jun naik angin kerana katanya kubur lain-lain jadi tak payah nak ceramah agama “I am here just to share stories and have a good time with you guys!” Bila tengok dia naik hantu masing-masing terkulat-kulatlah di kafe.

Sejak daripada itu, Datin Jun menjauhkan diri daripada Datin X, kalau ada sesi kopi-kopi sekiranya Datin X ada dia tidak akan hadir. Memang Datin X agak sedih kerana kehilangan teman yang begitu baik dengan Datin X. Sebagai teman Datin X cuma mampu berdoa dari jauh agar dia berubah. Whatsapp Datin X pun sudah di blocked. Memang langsung tak dapat berhubung dengannya. Datin X hanya mendengar khabarnya melalui teman-teman lain. Apa yang disampaikan pada Datin X dia masih tidak berubah dan kedua pasangan itu terus hanyut dengan zina.

Sumber

13 September, 2016

Gamba bogel, Atikah sedia ambil tindakan

Pelakon Atikah Suhaime, 25, nekad mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran gambar bogel yang didakwa miliknya bersama pelakon Idris Khan, 28.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon kelahiran Singapura itu menyatakan hasratnya itu selepas ada peminat menyarankan dia untuk membuat laporan polis dalam ruangan komen di laman Instagram miliknya.

"Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong," jawabnya kepada peminat berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon drama Bila Hati Berbicara itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai kontroversi berkenaan

Pada 11 September lalu, dunia hiburan tanah air kembali digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar bogel yang memaparkan dua pelakon berkenaan hangat diperkatakan selepas ia tersebar di laman sesawang.

Tahun lalu kedua-dua mereka menafikan mengenai perkara itu yang turut mengaitkan pelakon Ammar Alfian dengan foto itu.


11 September, 2016

Foto Bogel Atikah Suhaimie, Idris Khan Kini Tersebar?

Riuh rendah warga laman sosial pagi ini apabila tersebar beberapa keping gambar bogel yang didakwa sebagai pelakon Atikah Suhaime dan juga Idris Khan. Jika anda masih ingat, Atikah, Idris dan juga Ammar Alfian sebelum ini juga pernah didakwa mempunyai rakaman seks bertiga.

Sumber yang dipetik daripada forum CARI ini bagaimanapun belum mendapat sebarang reaksi daripada Atikah mahu pun Idris sendiri. Seperti kebiasaan isu sebegini, kemungkinan gambar telah diolah turut ada. Kami pasti Atikah dan Idris tidak mudah melatah bila berhadapan dengan kontroversi panas sebegini.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan kepada mStar Online, Idris Khan menyifatkan dakwaan mereka melakukan hubungan seks bertiga adalah fitnah selain mahukan bukti jika perkara itu benar-benar berlaku.

Apa pun, pastinya pihak Atikah Suhaime dan juga Idris Khan mempunyai jawapan sebenar. Kita tunggu sahaja apabila mereka sudah bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara yang terjadi. (rtky/s)

10 September, 2016

Doktor, atendan rogol pesakit bergilir-gilir

NEW DELHI: Seorang doktor dan atendan sebuah hospital ditahan kerana disyaki merogol seorang pesakit wanita yang sedang dirawat di barat India, kata polis hari ini.

Kedua-dua kakitangan hospital itu ditahan kelmarin selepas mangsa yang dirawat kerana demam denggi, mengadu dia diberi dadah dan dirogol sebanyak dua kali pada hujung minggu lalu. Remaja berusia 19 tahun itu yang tidak didedahkan identitinya, sudah dipindahkan ke wad unit rawatan rapi Hospital Apollo di Gujarat.

Ketua Polis Gandhinagar, Virendra Yadav, berkata laporan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan pengecaman dua suspek sudah dilakukan. "Mereka ketika ini berada dalam tahanan polis. Kami juga sudah menghantar sampel darah suspek untuk ujian forensik dan penilaian rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pihak pengurusan hospital berkenaan menyatakan mereka turut membantu polis. Malah hospital itu, dalam satu kenyataan, mengesahkan wad tempat kejadian berlaku mempunyai 14 kakitangan bertugas setiap waktu dan dilengkapi dengan kamera CCTV. Kes rogol membabitkan pesakit di hospital India bukan kali pertama berlaku.

Seorang remaja yang dirawat di sebuah hospital kerajaan dekat Jharkhand, pernah dirogol pengawal keselamatan. Menurut laporan terkini Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India, lebih daripada 34,000 kes rogol dilaporkan pada 2015 tetapi kebanyakannya tidak dilaporkan dan pihak berkuasa yakin angka sebenar lebih tinggi. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191422?m=1

07 September, 2016

Gila! Pasangan Pertengahan Usia Dirakam Lakukan Seks Ditempat Parkir

PADA hari ini, segelintir individu tidak lagi mempunyai rasa malu dan takut untuk melakukan perbuatan tidak bermoral di tempat awam.

Buktinya, beberapa keping gambar dikongsi portal berita Stomp memaparkan perbuatan jijik seorang lelaki dan wanita melakukan aksi lucah di atas bumbung parkir bertingkat di kawasan perumahan MacPherson, Singapura, baru-baru ini.

Menurut portal tersebut, gambar berkenaan dirakam dan dihantar oleh seorang pembaca Stomp yang mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Aksi tidak senonoh pasangan itu dikatakan berlaku selama satu jam, sebelum mereka meninggalkan kawasan tersebut.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsi, pasangan tersebut yang berusia dalam lingkungan pertengahan umur dilihat melempiaskan nafsu mereka di atas kerusi.

Gambar tersebut menunjukkan wanita terbabit melondehkan seluar dan duduk di atas paha pasangannya, sebelum beberapa posisi lain di lakukan oleh pasangan terbabit.

Menurut Stomp lagi, rakaman video aksi lucah pasangan terbabit turut dirakam, namun pihaknya tidak menyiarkan atas sebab kelucahan melampau.

Rata-rata pengguna internet mengecam perbuatan tidak bermoral pasangan terbabit.

“Tolonglah, pergi ke tempat yang lebih privasi atau hotel untuk lakukannya (seks),” selar seorang pengguna laman sosial.

Manakala seorang lagi berkata: “ ‘Pakcik dan makcik’ ini betul-betul terdesak (tidak boleh tahan nafsu) ke?”

- mD

Rasa tenang seleaps jadi pondan semula

KUALA LUMPUR: Bekas mak nyah, Safiey Ilias, mengesahkan dirinya telah kembali kepada kehidupan lama, selepas mengambil keputusan untuk merubah cara hidup dengan menjadi lelaki sejati.

Menurut Safiey, 22, yang juga merupakan seorang usahawan, keputusan untuk kembali menjadi mak nyah dibuat ekoran terlalu penat berdepan dengan tohmahan dan penghinaan sejak dia memutuskan untuk menjadi lelaki sejati pada April lalu.

Katanya, ramai orang mempertikaikan kehidupannya ketika dia kembali pada fitrah asal, selain mendakwa ada yang menuduhnya menggunakan agama untuk menggaut keuntungan dalam perniagaannya.

“1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tapi kalau beratus kali ia beri kesan pada mental dan emosi saya. Saya dah jadi lelaki pun orang tanya mana misai dan janggut saya. Entahlah... saya fedup (menyampah).

“Saya ambil keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dah terlalu penat melalui dugaan yang tak pernah putus-putus. Saya dah penat nak layan dan hadap tohmahan anda semua, bila saya jadi baik pun orang bercakap. Biarlah saya menjadi diri sendiri dan gembirakan diri saya ikut cara saya,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, lewat malam tadi.
Kata Safiey, sebagai seorang manusia, dia juga mempunyai perasaan dan tidak kuat untuk berdepan dengan segelintir individu yang masih tidak puas hati dan terus menerus melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

“Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dengan pelbagai kata-kata hinaan. Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni.

“Sumpah saya penat sangat-sangat. Sana sini orang fitnah dan orang tak habis-habis kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes. Memang agaknya korang tak boleh pisahkan dua benda ni daripada saya,” jelasnya lagi.
Safiey dalam entri yang sama pagi ini turut meluahkan perasaan lega selepas keputusan untuk kembali menjadi mak nyah dan menjelaskan perkara tersebut kepada umum.

“Ini yang saya nak, ketenangan. Dalam hidup ini kita kena tunjuk yang kita jahat, baru orang tak ambil tahu dekat kita dah. Maaf semua, tapi saya masih tetap dengan keputusan saya (kembali menjadi mak nyah).

“Saya rasakan suatu beban hilang pagi ini lepas bangun tidur pagi tadi. Beban yang saya tanggung lama dah dan berat,” katanya.

Semakan di laman Facebook, Safiey turut memuat naik sekeping foto menunjukkan dia ‘berhijab’.

Safiey juga pernah membuang payudara implan untuk kembali menjadi lelaki normal.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, sebagai masyarakat, kita harus mendoakan yang terbaik buat Safiey, dan bukannya mengecam tindakannya.

Apalah yang ada pada manusia yang hanya mampu menilai luaran, sedangkan yang mengetahui isi hati seseorang hanya Yang Maha Esa.


- mD

Isu 'pendrive' adalah wayang TMJ semata-mata, satu Malaysia kena kencing

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Legenda bola sepak negara, Khalid Ali menggesa pihak bertanggungjawab dalam isu panas pendrive yang sudahpun sampai ke episod terakhir untuk tampil memohon maaf kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Jelas bintang bola sepak era 70 dan 80-an itu, permohonan maaf tersebut wajar dilakukan kerana ia telah mencemarkan nama baik anggota FAM.

“Walaupun saya dah 30 tahun lebih bersara, tetapi saya masih lagi mengkritik FAM untuk pembangunan bola sepak tanah air...tak pernah dengar pun ada ra­suah.

“Saya menekankan di sini ba­hawasanya, pendrive adalah wa­yang semata-mata. Bermakna semua orang percaya dan satu Malaysia telah ‘dikencingkan’ (ditipu).

“Saya minta orang yang bertanggungjawab meminta maaf. Kita sebagai orang Islam, kalau kita mengaibkan, mempermainkan atau menjatuhkan maruah orang, itu tak baik. Ini tahap yang boleh dikatakan paling tinggi, iaitu fitnah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Misteri isi kandungan pendrive hari ini terjawab setelah Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa laporan dalam alat peranti tersebut bebas daripada sebarang unsur rasuah.

Jumaat lalu, Khairy men­­ye­rahkan pendrive beserta senas­kah salinan kandungan laporan setebal 279 muka surat kepada Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Khairy berkata, pendrive serta naskhah yang diserahkan itu merupakan bahan asal sepertimana yang diterimanya daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lepas.

Sementara itu, Khalid turut menggesa agar FAM mengambil tindakan sewajarnya terhadap pembocor laporan tersebut, sebelum dia sendiri mendedahkan nama itu.
“Tekaan kami tepat...saya tahu, FAM pun tahu siapa dalang yang membocorkan laporan itu. Saya minta FAM mengambil tindakan sewajarnya sebelum saya pula keluarkan (dedahkan) namanya,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid tidak bersetuju supaya bahan laporan di dalam pendrive tersebut dijadikan sebagai tatapan umum sepertimana yang dicadangkan Khairy, biarpun demi pembangunan bola sepak negara.

“Saya rasa tak wajar (didedahkan kepada tatapan umum). Cukuplah Menteri Belia dan Sukan dipermainkan. Banyak lagi kerja yang lebih mustahak daripada ‘tajuk kelakar’ ini,” ujarnya.


06 September, 2016

Harus gugur janin jika dijangkiti zika


KUALA LUMPUR 5 Sept. – Wanita hamil yang dijangkiti virus zika dibolehkan menggugurkan janinnya yang belum mencapai usia 120 hari, kata Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau berkata, tindakan itu boleh diambil sekiranya janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.

Menurutnya, apabila situasi itu berlaku, harus menggugurkan janin mengikut kehendak ibu ba­panya.

“Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma’ Fiqh Islami berkenaan penyakit talasemia yang boleh diqiaskan bagi isu virus zika ini, sekiranya dapatan kajian daripada pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus tersebut boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri.

“Dalam keadaan sedemikian, persetujuan daripada kedua-dua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu,” katanya dalam kenya­taan melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (http://www.muftiwp.gov.my) hari ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harus-gugur-janin-jika-dijangkiti-zika-1.379146#sthash.dEAGds5B.dpuf

05 September, 2016

Lelaki disyaki rogol rakan

Iskandar Puteri: Lelaki ditahan polis malam tadi, selepas disyaki merogol rakannya di hotel bajet di Taman Tan Sri Yaacob, Skudai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, suspek berusia 29 tahun membawa wanita yang juga pembantu klinik di Singapura ke hotel berkenaan selepas selesai menghadiri perjumpaan bersama rakan senegeri di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mangsa berusia 26 tahun itu kemudian keluar dari bilik hotel berkenaan sebelum memujuk suspek menghantarnya pulang ke rumah.

"Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah mangsa di sebelum mangsa membuat laporan polis kira-kira 9 malam.

"Hasil maklumat yang diperolehi, polis kemudian menahan suspek di rumahnya kira-kira 11 malam," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang besi di Taman Melawati, Skudai dan berasal dari Sarawak itu ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.

Apabila 'Kak Ros' Upin Ipin dibogelkan...

KUALA LUMPUR – Watak ‘Ros’, kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin, dikesan menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.

Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web perkongsian seni reka grafik yang telah diubah dan dilukis semula secara digital dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi, malah ada seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian dengan keterangan tidak senonoh.

Sejak dimuat naik 3 Julai lepas, gambar itu yang telah diakses lebih 4,000 pengunjung laman sesawang tersebut, dikhuatiri boleh ‘meracuni’ pemikiran kanak-kanak melalui penerapan unsur lucah pada watak animasi kegemaran mereka itu.

Mengulas perkara itu, seorang ibu Alya Nadirah, 23, menyatakan kegusaran sekiranya pihak terbabit berjaya memuat naik video atau karikatur berunsur lucah itu dalam laman sosial seperti YouTube yang sering diakses kanak-kanak.


“Saya tak sangka dan terkejut kerana Upin dan Ipin yang ditonton semua lapisan masyarakat telah dimanipulasi mereka yang berniat jahat. Sekiranya berterusan, ia pasti akan menimbulkan pelbagai masalah sosial kerana mereka (kanak-kanak) mudah terpengaruh dengan adegan dipaparkan sehingga mempraktikannya,” kata beliau.

Nawawi Nordin, 34, pula menyifatkan tindakan mengeksploitasi watak Kak Ros itu mengaibkan kaum wanita kampung yang penuh dengan ciri-ciri kesopanan.

“Watak Kak Ros yang ditampilkan dalam siri animasi ini memang memaparkan ciri-ciri ketimuran dan adat Melayu seperti pemakaian baju kurung.

“Sekiranya karikatur itu tersebar, ia mencalarkan imej wanita Melayu yang ditampilkan dalam siri animasi itu,” kata bapa kepada dua anak lelaki berusia dua dan empat tahun itu.

Upin dan Ipin merupakan sebuah siri animasi tempatan yang telah melonjak nama negara di pentas animasi antarabangsa kerana penghasilannya berjaya menembusi negara seperti Turki, Korea Selatan dan Hong Kong.

Siri animasi itu mengisahkan sepasang kembar berusia lima tahun yang menjalani kehidupan seharian bersama kakak (Kak Ros), nenek dan rakan-rakannya di sebuah kampung.

Dalam pada itu, Ketua Media Baru dan Perhubungan Awam Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Mohd. Zarin Abdul Karim berkata syarikatnya tidak terlibat dengan sebarang penghasilan karikatur mahupun video Upin dan Ipin yang bertentangan dengan undang-undang.

“Kami tiada kaitan dengan penghasilan sebarang siri animasi yang mempunyai kesan negatif terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak.

“Namun, pemantauan di internet terutamanya laman sosial, sentiasa kami lakukan dari semasa ke semasa bagi mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab ini daripada terus menyebarkan perkara negatif,” katanya kepada Bernama.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Law Hong Soon berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba merosakkan masyarakat terutamanya kanak-kanak melalui penyebaran bahan pornografi.

Bagaimanapun, katanya polis akan melihat dahulu sama ada kandungan karikatur yang di muat naik ke laman sesawang itu mempunyai unsur negatif terhadap masyarakat sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Mereka yang bersalah akan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki atau menyebarkan bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mana-mana pihak yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. – BERNAMA

Akibat zakar terlalu besar daripada biasa


KEBANYAKAN lelaki mempunyai impian untuk memiliki penis yang besar namun hal ini ternyata membawa malang buat seorang lelaki dari Kenya, Sorence Owiti Opiyo.

Ini kerana saiz penisnya yang terlampau luar biasa besar telah menyebabkannya tidak boleh melakukan hubungan seks.

Saiz penis Sorence dikatakan 10 kali lebih besar daripada saiz zakar normal.

Sorence; 20, dipercayai memiliki saiz zakar luar biasa itu selepas kemaluannya membengkak sejak dia masih kecil lagi.

Malah disebabkan ‘kecacatannya’ itu, Sorence tidak dapat menghabiskan zaman persekolahan selepas dia kerap dibuli rakan-rakan berhubung hal tersebut.

Memetik Buzz Kenya, Sorence mengakui dia sangat sedih mengenangkan nasibnya yang mungkin tidak dapat berkahwin dan memiliki zuriat sendiri disebabkan penyakit yang dialaminya itu.

Susulan itu, Sorence berharap dia dapat melakukan pembedahan bagi mengembalikan kehidupan seorang lelaki normal selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Cikgu tak mengaku cabul murid darjah tiga

Tertuduh keluar dari mahkamah sambil menutup kepala.
KOTA BHARU - Seorang guru mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul murid tahun tiga, dua tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Bakri Ibrahim, 51, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan meraba kemaluan mangsa yang berusia sembilan tahun di sebuah stor sukan di sebuah sekolah di Wakaf Bharu, Tumpat.

Kejadian didakwa berlaku antara jam 7 dan 9 pagi, pada 7 April 2016.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Firli Fairulyzan Arias, manakala tertuduh diwakili peguam, Nasriq Nazman.

Pada prosiding itu, Firli mencadangkan jaminan RM3,000 terhadap tertuduh, bagaimanapun Nasriq memohon jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira tanggungan keluarga tertuduh.

“Tertuduh berpendapatan RM4,000 dan ada anak yang bersekolah. Jika dibenarkan jamin, tertuduh berjanji tidak akan mengganggu mangsa,” katanya.

Majistret, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 September depan untuk pengurusan.

Selepas rogol, ayah cakap ‘jangan royak ke Ma’

KOTA BHARU - Padah merogol anak kandung, seorang penoreh getah dihukum penjara 13 tahun dan lapan sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Hukuman diputuskan Hakim, Nazri Ismail terhadap lelaki berusia 38 tahun itu selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah atas dakwaan itu.

Lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram ke atas anaknya yang kini berusia 16 tahun antara tahun 2013 hingga 2014 pada jam 1 hingga 2 pagi di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Kuala Mahligai, Kemubu, Dabong Kuala Krai.

Terdahulu, peguam, Zuhaidie Akmal Hasan Basri merayu agar hukuman penjara anak guamnya diringankan selain memohon hukuman sebatan minima atas alasan tertuduh kesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit lagi.

Katanya, tertuduh bekerja dengan pendapatan RM400 sebulan dan ada tiga orang anak berusia 13, 15 dan 16 tahun.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, bagaimanapun mencadangkan hukuman penjara dan sebatan dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh.

“Mahkamah perlu menyampaikan mesej dan gambaran kepada orang awam bahawa perbuatan sumbang mahram jijik dan hina. Tertuduh adalah bapa mangsa yang tergamak merogol anak sulungnya itu sejak berusia enam tahun menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dalam hidupnya.

“Kejadian juga berlaku berulang kali hingga mangsa tidak tahan dan bertindak membuat laporan polis sewaktu berumur 14 tahun,” katanya.

Nazri mengarahkan hukuman penjara tertuduh di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 3 September tahun lalu.

Sebelum ini, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kawan-kawan dan guru kaunseling sekolahnya dan kemudian membuat laporan polis pada tahun 2015.

Remaja itu turut mengalami tekanan perasaan sejak tahun 2006 hingga 2014 kerana dirogol tertuduh berulang kali.

Kejadian pertama berlaku pada tahun 2006 sejak mangsa berusia enam tahun. Sejak daripada itu, mangsa dirogol setiap kali pulang dari asrama dua minggu sekali atau sebulan sekali.

Kejadian terakhir adalah pada bulan April semasa mangsa berada di tingkatan dua.

Selepas melakukan perbuatan itu, tertuduh sempat berpesan ‘jangan royak ke Ma’ (jangan beritahu pada mama) dan mangsa tidur dalam keadaan menangis serta kesakitan.

04 September, 2016

Fara Fauzana tak jadi kahwin, batal pernikahan

KUALA LUMPUR: Personaliti radio dan televisyen terkenal, Fara Fauzana, 36, memaklumkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan. Menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada BH Online sebentar tadi, Fara berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan pada umum.

"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan. "Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini satu keputusan yang sukar untuk saya," katanya.

Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya. Pada 1 Ogos lalu, Fara mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama ahli perniagaan dikenali dengan nama Hafiz pada 17 September 2016. Bekas penyampai Hot FM itu juga pada majlis sama berkata, pernikahan mereka akan dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, di sini.

Mengenai perkenalan bersama Hafiz, wanita itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu. Bagaimanapun Fara enggan mendedahkan identiti Hafiz. Sementara itu, Fara menyifatkan perkara yang berlaku ini sebagai ketentuan Tuhan dan pasti ada hikmat yang menantinya.

Dalam pada itu, Fara turut meminta pihak media untuk memberi ruang peribadi kepada beliau yang memerlukan sedikit waktu untuk menenangkan diri. "Sesungguhnya saya yakin apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti. "Saya berharap kenyataan yang dikeluarkan ini secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir rakan wartawan yang barangkali sudah menghidu berita ini.

"Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189701?m=1