jobs from my.neuvoo.com

24 Februari, 2016

Beberapa kawasan dekat‎ Tasik Kenyir alami gegaran

HULU TERENGGANU - Penduduk di beberapa buah kampung yang tinggal‎ berhampiran kawasan Tasik Kenyir khususnya dalam Mukim Jenagur gempar seketika apabila mereka dikejutkan dengan gegaran dalam kejadian‎ kira-kira 9.40 malam tadi.

Kejadian tersebut ternyata turut merisaukan orang ramai sehingga menjadi perbualan hangat dalam laman sosial dan membuat pelbagai andaian termasuk berlakunya gempa bumi di tasik buatan‎ manusia terbesar di Asia Tenggara itu.

Difahamkan, antara kampung yang rasa gegaran berkenaan ialah Kampung Jenagur, Kuala Dura, Kuala Pueh, Kampung Padang Tara, Kampung Tapah, Kampung Dusun dan Felcra Bukit Kapah.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung gegaran tersebut.

“Kita menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung gegara n dirasai mereka itu kerana ia dapat undang situasi lebih panik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


EmoticonEmoticon